Assalamualaikum...kepada bakal calon suamiku..
Wahai calon suamiku dunia akhirat menjadi bakal imam dan pemimpinku kelak semoga kau di sana sihat sahaja. Apakah kau sedang menungguku di ruang hatimu aku juga begitu. Jika kau sedang tertanya - tanya siapa bakal isterimu aku pun tertanya - tanya siapa bakal suamiku.
Apakah kau sudah bersedia untuk menjadi imam dan pemimpinku jika belum laksanakan segera masa tidak menunggu kita. Wahai calon suamiku dimana pun kau berada tulang rusukku berada di dalam dirimu. Janganlah engkau berasa dukacita jika kau tidak menemuiku sedarlah bahawa suatu hari nanti kita akan berjumpa.
Wahai pemilik tulang rusukku aku tidak pandang hartamu aku tidak peduli rupamu aku hanya ingin agamamu yang boleh membawa dan membimbingku ke jalan Allah.Janganlah kau takut cintaku hanya untukmu kerana diriku tertulis untukmu. Percayalah cintaku hanya cinta suamiku.
Calon suamiku adakah imanmu sihat setiap hari bagaimana pula hatimu sihatkanlah ia supaya kau boleh memimpin ku jika kita diijabkabul kelak. Janganlah hatimu khuatir kerana disetiap doaku dan hatiku hanya untuk suamiku.
Jika diriku tidak sempurna dimatamu atau mungkin kau sudah ada pilihan lain janganlah kau mendukacitakanku kerana aku akan menjadi yang terbaik untuk suamiku. Aku mengharap ketulusan hatimu mencintaiku. Janganlah kau membuang cintaku seperti sampah jangan pula kau menjadi dayus.
Wahai calon suamiku kau tercipta untukku untuk memimpin , membimbing dan jadi pelindung untukku. Jadilah siap - siapkan dirimu jika kita sudah berjumpa maka tidak perlu kau takut kerana tidak dapat memimbingku. Percayalah kelembutanku auratku kecantikkanku akan ku tunjukkan kepadamu. Tidak kepada orang lain walaupun mungkin kekasihku...
IA SUKAR UNTUK KAU MENCINTAI ORANG YANG AKU CINTA
TETAPI PASTI AKAN AKU MENCINTAI DENGAN ORANG YANG AKU NIKAH...
Surat ini ku titipkan untukmu ...
daripada calon isterimu.....
No comments:
Post a Comment