Tuesday, 8 May 2012

Sahabat..bacelh coretan yang terpacul idea....

Sahabat  sedikit  bingkisan  sedih  inginku  katakan
Bingkisan  ini  dari  lubuk hatiku  yang  gusar
Dengarlah  jika  kau  masih   sudi  dengar
Bacalah  jika  kau  masih  ingin  baca

Sahabat  kau  tahu  betapa  pilunya
Hati  ini  dengann  ketidak  endahanmu
Dengan  sikapmu  seperti  membuat  diriku  terpaku
Dengan  kedinginan  yang  ada  dalam dirimu

Sahabat  kita  sudah  lama  berkawan
Namun  kau  semakin  lupa  persahabatan  yang  terjalin
Kau  semakin  menjauh  bersama  teman  barumu
Yang  mungkin  lebih  baik  dariku

Sahabat  setiap  hari  aku  memikirkan  dirimu
Tetapi  kenapa  bila  aku  pikirkan  hatiku  semakin  sakit
Kenapa  aku  memikirkanmu
Kerana  kau  sahabatkku

Sahabat  aku  merindui  gurauanmu
Sering  membuatku   ketawa  hilang  segala  amarahku
Kau  sering  membuatku  ceria  dan  juga  memahami  isi  hatiku

Namun  itu   semua  hilang
Hilang  seperti  masa  lalu
Kehilangan  sikapmu  membuatku  keliru
Perangaimu  berubah  seperti   hembusan  bayu
Aku  tertanya  mengapa  kau  begitu..

Akhirnya  aku  menemui  jawapan
Teman  barumu  sudah  menggantikkan  diriku
Keakrabanmu  dengan  dia  seperti  aku  tidak  mengenaliku
Kebencian  di  wajahmu  aku  sudah  pasti
Ini  jawapan  yang  kau  mahukan  dariku...

Jika  ini  kau  inginkan
Aku  rela  mengundur  diri  melupakanmu
Selamat  tinggal...

aku  mengabadikan  kenanganmu  di  ruangan  fikiranku....

No comments:

Post a Comment