Pagi itu Haiqal tidak ke office kerana dia berjanji dengan doktor bahawa dia akan menjalani ujian sumsum tulang. Dia melangkah masuk ke hospital dengan debaran. Dia berjumpa dengan doktor Azam.
"Ahhh" ingin sahaja dia jerit dengan kesakitan itu. Namun dia tahan dengan mengiggit selimut. Setelah itu barulah dia bangkit perlahan - lahan menuju ke doktor Azam.
"Encik Haiqal kami telah membuat ujian dengan selanjutnya ujian air dari sumsum tulang encik Haiqal telah kami dapat maafkan saya encik Haiqal menghidap penyakit leukimea" airmatanya menitis perlahan ke pipi.
"Tapi encik Haiqal jangan risau kanser encik Haiqal masih boleh dirawat jadi encik Haiqal kena hadari untuk buat kemoterapi , radioterapi dan ujian sinaran supaya kanser itu tidak merebak" Haiqal menundukkan kepalanya.
"Kemo itu buat rambut saya gugur kan?" tanya Haiqal.
"Ya tapi itu tidaklah lama rambut encik Haiqal akan tumbuh semula selain itu kesan sampingan seperti keguguran rambut , muntah atau loya , hilang selera makan dan lebam lebam di tangan itu perkara biasa" terang doktor muda itu.
"Kemo itu sakit?" tanya Haiqal.
"Mungkin sakit sedikit tetapi ia baik untuk memulihkan kanser selain kemo encik Haiqal juga perlu memakan ubat supaya kanser itu tidak merebak dengan cepat ermm pembedahan juga berkesan namun kita cuba dengan kemoterapi ini dulu" ujar doktor Haiqal mengangguk lemah.
"Kanser saya tahap mana?" tanya Haiqal.
"Setakat ini baru stage 2 boleh dirawat lagi" Haiqal meminta diri dahulu.
Dia menuju ke keretanya dan dia pandu laju untuk menenangkan dirinya. Dia termenung di tasik sesekali di seka airmatanya yang menitis jatuh ke pipi. Dia lebih suka bersendirian tatkala dilanda kegusaran.
___________________________________________________
Aku masak sambal tumis udang uwahh dah lama tak makan sambal tumis air tangan aku. Eih Tira rindunya aku dengan minah tu. Apa khabarlah dia. Mesti dia majuk dengan aku sebab dahlama tak call. Call kejaplah.
"Heelo LEYAAA!!!!" jerit Tira kegembiraan.
"Woi pecahlah gegedang telinga aku" ujarku.
"Apa khabar sayang dah lama tak call mentang - mentanglah dah ada cik abang dia kawan sendiri dilupai saja" ujar Tira seakan merajuk.
"Kau pernah makan telefon bimbit tak aku bagi kau makan kang" marahku.
Tira gelak dah macam puntianak mengilai aku dengar. Aku borak dengan Tira sambil memasak. Aku nak sambung belajar tapi bila aku fikir balik malaslah baik aku duduk rumah je. Kesian si ayam tu nanti susahlak dia. Panas telinga aku memegang telefon hampir 1 jam setengah nasib baik kedit aku banyak gila.
Tiba - tiba Haiqal terpacuk di dapur terkejut aku. Kuss semangat. Nasib telefon tak tercampak. Dan nasib baik aku dah habis berbual dengan Tira. "Kau ni nak aku mati ke ha? terkejut aku cuba kau bagi salam ke hele ke berkokok ke" ujarku.
Dia buat tak endah dah tu minum air lak tu. "Aku dah bagi salam kau yang pekak" ujarnya. Pula dah.
"Ni kau balik awal ni pahal tak kerja ke mentang - mentanglah tu syarikat kau senanglah kau keluar masuk sesuki hati kan" perli aku.
"Kau jeles ke?" tanya dia. Tuihh aku nak jeles.
"Esok jom balik rumah mak dah lama juga aku tak jumpa mak mentua aku" ayat dia macam nak gaduh je.
"Aku ok je haha" girang gila aku nak balik rumah mama yepeeee......
___________________________________________________
"MAMAMAMA" jerit aku. Kedengang kepala aku kena ketuk.
"Kau ni aku tahulah ni rumah kau kalau ye pun sopanlah sikit harap pakai tudung" tegur Haiqal. Eih a'ah aku lupa bahawasanya Leya Katrisya dah pakai tudung. Haiqal mencebik aku tersengih.
"Ya allah budak bertuah kau nak runtuh rumah ni dengan suara kau ke Leya" marah mama. Oh the bebel coming tukar topik cepat.
"Papa" jeritku. Papa pelukku. Tak macam mama tahu bebel je. Uishh mak kau tu Leya.
Aku dan Haiqal masuk ke dalam rumah. Aku rindu bebenor dengan family aku dah lama betul tak jumpa asyik jumpa mak mentua aku je mak aku pulalah nak jumpa. Haiqal pula bukan main seronok dengan papa usik aku. Mama tu tahu back up Haiqal je bengang aku. Mama tiba - tiba je bawa aku ke dapur.
"Napa ni mama?" tanyaku musykil.
"I wonder Haiqal tu sakit ke?" tanya mama.
"What? really entah Leya tengok sihat walafiat je" ujar ku.
Mama memandang aku dengan pandangan yang begitu menggerunkan. "Kenapa ni mama?" tanya ku pelik bebenor dengan mama ni.
"Mama nampak Haiqal tu lain muka dia pucat sedikit and jalan dia lain macam kau tak perasan ke Leya?" tegur mama.
Yeke? entah aku tak perasan aku tengok dia ok je sihat je. Tak ada apa - apa pun perasaan mama je kot tu. "Perasaan mama kot" ujarku. Mama hanya menggeleng kepalanya. Nalurinya dapat merasakan menantunya sakit.
"Haiqal tidur sini ke?" tanya mama.
Haiqal menggeleng kepalanya. Aku pula memerhati raut wajahnya. Perhati betul - betul . "Woi kau pahal pandang aku macam tu" bisiknya. Aku tersentak. Aku nampak handsome je muka dia makin lama makin direnung makn cair hatiku sabar Leya sabar.
Setelah beberapa jam kitaorang di rumah mama Haiqal ajak balik. "Kami balik dulu mama" ujar aku d an Haiqal. Mama mengesat airmatanya. Haihh dorang ni kalau tak nangis tak sah.
_____________________________________________
"Weyh Haiqal" panggil ku saat tiba sahaja di rumah.
"Apa?" tanyanya.
"Mama aku cakap kau sakit" Haiqal tersentak.
"Sakit apasal pula?" tanya Haiqal gugup namun dapat dikawal.
"Entahlah mama aku tu memang macam tu lain sikit dahlah jom masuk" ajakku.
Haiqal menghela nafasnya perlahan. Moga - moga Leya tak tahulah. Haiqal berjalan perlahan belakangnya terasa sakit selepas ujian sumsum tulang tersebut. Dia juga terpaksa jalan seperti orang kena sakit gaot supaya belakangnya tidak terasa sakit.
Haiqal memandang ubat - ubatan di dalam laci bilik tidurnya. Nasib mereka berdua tidur di bilik berasingan. Aku menoleh kanan menoleh kiri apa aku buat di bilik itu seperti tidak kena aku rasa sunyi. Aku kehilangan Haiqal selalunya kami tidur bersama kini kami tidur berasingan aku yang nak bukan Haiqal.
"Aku sunyi" keluh ku. Tok tok tok. Aku buka pintu tersembul wajah Haiqal sambil tersengih.
"Napa?" tanyaku.
"Ermm nak tidur sini" dah macam budak nak tidur dengan mak. Aku membulatkan mataku. Dia buat mata puppy face. Tahu tak puppy itu apa anak anjinglah adoii korang ni. Eih mana tadi. Haishh Haiqal haiqal.
"Kau tidurlah bilik kau" ujarku seakan menghalau.
"Nak tidur sini aku takut tidur sensorang nak tidur dengan kau nak juga nak juga" mengada - ngada lak dia malam ni. Oh kalau ada mama sombong kau ye pandang aku pun tak nak kalau tak ada aku kau cari.
"Yelah yelah cepat masuk" ujarku. Arahan suami tidak boleh ingkar tersemat kata - kata Mak Mah sewaktu kami hendak pindah.
Kami tidur satu katil takkan aku nak tidur dekat marmar sejuk beb mahu beku aku nanti dahlah aircond kuat. Aku tidur dengan lena aku tengok Haiqal kesejukan aku tarik selimut ke badannya. Aku memang cintakan kau Qal sejak kali pertama kita berkahwin. Kau sahaja tidak tahu.
Haiqal tahu bahawa Leya menarik selimut untuknya. Aku cintakan kau Leya sejak kau menjadi isteriku yang sah namun maafkan aku sebab berahsia aku cintakan kau sangat - sangat. Mereka berdua memendam rasa sendiri.
No comments:
Post a Comment