Geramnya aku dengan si Haiqal ni adake dia main2kan aku dengan sedara - sedara dia oh mentanglah family dia ada. "Sayang" panggilku nak termuntah rasanya. Dia menoleh sambil tersenyum manis uwahhh cair luluh haatiku. Sabar Leya sabar jangan cepat cair dengan rupa tampan dia itu.
"I nak naik ataslah" ujarku kerana mataku hampir terkatup. Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Haiqal mengangguk dia turuti aku naik ke atas tinggal sepupu sepapatnya di bawah melayan televisyen sambil bergurau senda dahlah pasal aku pula itu.
Kami masuk bilik bersama nasib ruangan pintu bilik besar kalau tak masing - masing tak nak mengalah. Haiqal terus melompat atas katil aku mencekak pinggang amboi dah booking nampak tak aci. Haiqal menagkat keningnya memandangku. Aku terus melompat di sisinya. Haiqal geram dia menolakku. Aku menolak dia balik. Kami main tolak menolak sesama sendiri sehingga. BUKKK.
"Adoi" aku menggaru - garu punggungku.
Haiqal tergelak berdekah - dekah nasib pintu bilik aku tutup. "Dah macam anak gajah jatuh dah bergegar bilik ni" aku mengetip gigiku.
"Aku memang anak gajah pun dari kau anak ayam kok kok sana kok kok sini orang tak kacau kau, still kau nak kok kok juga" ambik kau dah macam peluru meriam. Haiqal hanya mencebik.
Haiqal tidak berganjak dari katil dia still duduk situ. Aku mendegus. Aku tetap nak tidur atas katil. Akhirnya kami bergaduh pukul - pukul bantal main - main kaki simbah - simbah air. Entah bila kami berdua terlena di lantai. Aku menggerak - gerakkan tubuhku apabila aku berasa ada orang himpap badanku. 'beratnya' keluhku. Haiqal berdengkur kecil. Aku melihat diriku dihimpap oleh Haiqal.
"Qal , Qal , Qal bangunlah kau tu beratlah" ujarku membangunkan ayamni.
"Pondan pondan" dia menggigau ke? aku menduga pondan atau dia kutuk aku.
"Ayam!!!!!!" jerit aku di telinganya.
Haiqal terkejut lalu kepala mereka bertemu dong. Haiqal menggaru - garu kepalanya sakit. Ish dah macam kena langgar batu. Aku mendegus susah aku nak hidup aman. Haiqal bangun lalu terus menuju ke katil dan merebah dirinya di katil empuk dan besar gajah yang boleh muat entah berapa orang tapi kedekuit tahi hidung tawar.
"Hai baru bangun cik Leya Katrisya?" tanya Haiqal.
"Eih mana ada baru bangun kau tak nampak ke tadi aku tengah layan tv" aku memisat - misat mataku.
Haiqal mencebik siap buat roll eyes lagi. Korang tak tahu roll eyes tu macam mana ke? alah korang ni ish cari kamus. Aku menarik bantal wuuu sakitnya badan aku macam mana aku boleh tidur bawah katil ni. Sakitnya tulang belakang aku. Haiqal sedang membuka bajunya.
"Woi pakcik lu ni nak tayang bada tu kejap lagilah" marahku.
"Apanya kau kan wife brutalisterlitor aku so, tak dosalah kan see my body" gelak sakan kau ya Haiqal.
Sesekali ku rasa teringin melempang pakcik ayam ini kalau Shima dengar lagu dia teringin ni aku gubah macam ni kompom mesti dia tangkap leleh beb. Pagi itu aku berjogging malas nak lepak kat rumah asyik aku je jadi mangsa mainan dorang tu aku tahulah aku fofular (popular)
Sambil menghirup udara segar tanpa di sengajainya pun badan aku terlanggar seorang perempuan gadis siapa bilang gadis melayu tak menawan tak menarik hati tiada memikat ha gitulah. Hampir saja aku tersungkur. "Sorry" ujarku. Perempuan itu mendongak wow peewiit alele lawa beb kalah gua tapi sayang baju macam tak cukup kain.
"Apa sorry sorry mana you letak mata you buta betullah" ujarnya kasar.
Pantang mak nenek aku cakap kasar dengan aku. "Hello miss I dah minta maaf so tak payah nak over acting" ujarku tenang.
Perempuan itu mendegus lalu beredar dari situ. Aku mencebik ingat lawalah tu buat muka muncung macam tu. Aku meneruskan jogging ku. Kadang - kala rasa sepi pula tiada Haiqal selalunya mereka akan bergaduh pantang saja bersua.
________________________________________________________
Haiqal bersiap ke kerja. Dia melihat Leya tiada di katil. Mana pula minah ni. ishhh gerutunya. Dia mencapai telefon bimbitnya dan tiba - tiba dia berasa seperti hendak pitam. Haiqal memegang kepalanya lalu duduk di katil.
"Apahal ni? arghh nanti ok lah kot" ujarnya perlahan.
Tiba - tiba tombol pintu dipulas tersembul wajah Leya di depan pintu. Haiqal buat - buat ok. Leya memandang Haiqal dengan satu pandangan tajam. GULP apahal minah ni. Leya mendekati Haiqal lalu meletakkan tangannya di dahi Haiqal.
"Kenapa kau?" tanya Haiqal pelik.
"Tak muka kau pucat ingat kau demam" ujar Leya.
Haiqal hanya tersengih sinis. Ini bukan kali pertama dia pening kepala masuk ini sudah hampir 3 kali dia berasa hendak pitam. Dia malas hendak pergi jumpa doktor. Leya kemcapai tualanya. Peluh yang menitik di badan sudah kering apabila terkena pada suhu aircond yang kuat.
"Kau nak ke kerja ke?" tanya Leya.
Haiqal mengangguk. Kenapa kepalanya masih sakit selalunya sakitnya akan hilang. Haiqal melihat jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi dia cuba bangun namun dia masih berasa sakit. Leya memandang pelik dia segera mencapai Haiqal apabila Haiqal seakan sudah hilang imbangan badan. Haiqal mengeluh kenapa dengan dirinya ini.
"Kau tak sihat ke?" tanya Leya.
" Alah cuma pening sikit je" Leya mengeluh.
Haiqal berasa sakit kepalanya makin kuat cuma dia tahan. Leya sudah masuk ke bilik air. Segera Haiqal baringkan dirinya moga - moga sakitnya hilang doanya.
_________________________________________________
"Leya Haiqal mana?" tanya mak usu Haiqal iaitu Kak Su.
"Ada kat atas dia tak sihat" ujarku jujur.
Hatiku seperti simpati terhadap mamat ayamtu. Dia nampak sakit sangat. Ajak pergi klinik tak nak mengelat. Haishh Haiqal kenapa dengan kau ni Leya kau dah tangkap cintan suami kau sendiri ke? Ingat Leya suami kau tak cintakan kau. Ingat Leya.
"Termenung budak ni" aku tersentak.
"Kenapa?" aku terpinga - pinga apabila disergah.
"Pergilah tengok suami kamu tu kitaorang oklah" jujur Kak Su.
Aku mengangguk kepalaku. Aku masuk ke dalam bilik itu aku melihat Haiqal seperti memegang kepalanya. Aku mendekatinya. Badannya panas dan berpeluh air matanya aku kesat. Kenapa Qal kenapa kau tak pernah tahu sejak aku berkahwin dengan kau aku sudah jatuh cinta dengan kau. Tapi aku emnafikan perasaan ini. Namun makin kuat.
"Haiqal" panggilku.
"Leya tolong ambil air" ujarnya lemah.
Aku mengangguk. Itu pertama kali aku berkata baik dengannya. Aku mengambil segelas air dan panadol. Terus sahaja aku naik ke atas. Haiqal menelan panadol dan minum sedikit air lalu dia baring. Tadi dia ok saja tiba - tiba dia sakit. Musykil bebenar. Aku ke dapur. Aku masak bubur. Aku masak lebih untuk keluarga Haiqal.
"Leya" panggil Mama.
"Ye?" jawa ku.
"Kenapa?" tanya mama.
Aku menggeleng - geleng kepala. "Petang ni mereka dah nak balik dah" ujar mama aku mengangguk. Aku tak nak beritahu mama bahawa Haiqal sakit. Mungkin dia demam dugaku. Aku masukkan bubur ke dalam mangkuk dan bawa ke atas dan menghidangkan di atas meja.
No comments:
Post a Comment