citer ni kisah benar tentang arwah adik kawan aku yang telah kembali ke rahmatullah pada hari saya adililfitri 2009 aku cuma ingin kongsikan kisah kawan aku Farah Aina tentang adik ketiganya iaitu Akif Hazman yang menghidap barah otak ketika berumur 10 tahun. Menangis aku dengar cerita dia kesian Akif semoga Akif bahagia di sana. Aku buat jadi sebuah cerpen.
________________________________________________
Aku bukan nak minta simpati tentang keluarga aku aku cuma nak kongsikan pengorbanan adik aku yang berusia 10 tahun itu tabah melawan penyakit leukimea. Keluarga kami bukanlah kaya sejak ayah meninggal digilis lori sewaktu balik dari kerja kami cuma ada mak dan abang. Abang tidak lagi bersekolah sejak 3 tahun lepas untuk bersara kami. Duit mak menoreh getah berapalah sangat nak menampug semuanya.
Mak memang marah bila abang cakap dia hendak berhenti sekolah . Namun abang hanya cakap
"Abang dah tak teringin nak sekolah" mak terdiam aku tahu abang ingin sekolah dia ingin ke Universiti disebabkan adik adiknya dia terpaksa berkorban. Adikku Akif sering tolong abang.
"Sampai bila kamu tak nak ke solah Afik?"tanya mak pada suatu malam.
Abang hanya tertunduk diam. Adik aku yang ketiga memandang abang dengan wajah yang sayu. Sesungguhpun adikku itu baru berumur 10 tahun namun dia mengerti keperitan dan nampak matang dari budak yang lain sebayanya.
"Akak kenapa abang berhenti sekolah? itu semua sebab Akif ke kak?" tanya adik pada suatu hari.
"Abang buat semua itu untuk ringankan beban mak sayang" ujarku lembut sambil mengusap rambut adik bongsuku Aisyah.
Adik terdiam. Dia menghela nafas. Lalu dia tertidur aku hanya memandang adik adikku . Aku mengambil tugas mak untuk menjaga adik - adikku. Namun pada malam itu buat kali pertama Akif mengadu dia sakit kepala. "Kif kenapa ni?" tanyaku risau. Aku Akif dan Aisyah tidur satu bilik rumah kami hanya ada 3 bilik satu lagi stor abang tidur di stor tersebut.
"Tak ada apa - apa" katanya sambil tidur mengambil bantal dan tutup mukanya. Sejak dari itu Akif selalu berkata dia sakit kepala. Bila ditanya dia hanya cakap mungkin panas. Aku tergelak kadang - kadang jawapannya hujan dia kata panas.
Lalu aku mendapat khabar Akif pengsan di sekolah. Mak orang yang beritahu aku kerana aku sekolah pagi dan adik sekolah petang jadi susah aku hendak mendapat tahu. Abang orang pertama ke sekolah menengok adik. Adik di bawa ke hospital.
Kami mendapat tahu bahawa adik menghidap barah otak. Itulah saat yang paling sukar dilalui oleh kami sekeluarga apabila mendapat tahu adik sakit barah otak. Tapi aku tak pernah tengok adik mengerang cuma kadang - kadang dia berkata dia sakit kepala.
"Kenapa nangis ni?" tanya adik sewaktu kami ke wadnya.
Muka adik hanya mempamerkan senyumannya sahaja. Adik bongsuku yang berumur 3 tahun itu tidak mengerti apa - apa turut menangis. Bila mak beritahu bahawa adik menghidap barah. Adik hanya cakap.
"Kenapalah itupun nak nangis biarlah adik sakit sekurang - kurangnya adik tak adalah membebankan mak lagi" runtun hati kami dengar perkataan itu.
Sejak adik sakit. Adik tidak ke sekolah lagi Abang bekerja keras hendak mencari duit buat kemoterapi untuk adik. Tapi adik enggan kemo dia hanya cakap "Ubatkan ada" sambil tersenyum. Aku menahan airmata melihat adik. Adik selalu mempamerkan senyuman kepada kami.
Ada suatu malam adik mengerang sakit kepala. Sambil memnangis aku mencari ubatnya. Namun dia cakap. "Nak tidur" dalam sakit pun dia pamerkan senyumannya lagi. Sehinggalah pada malam terakhir ramadhan. Perangai adik pelik dia aktif mukanya tidak pucat lagi. Namun kata - katanya pelik.
"Nanti abang tak payah berhenti sekolah tau abang sambung sekolah balik" acap kali adik berkata begitu kepada abang.
"Mak nanti mak belikan adik kain warna putih boleh adik teringin nak kain tu hehe mak tak yahlah lagi kerja keras haha" kata adik dalam gelak tawa. Kami memandang adik pelik.
"Adik abang yang comel nanti jadi lawa macam kakak Aina tahu"ujarnya girang sambil mencubit pipi Aisyah.
Sehingga pada malam tu adik pitam. Kami hendak bawa ke hospital tapi adik enggan dia kata dia tidak apa - apa dia nak berada dalam bilik. Makin lemah badannya barulah kami tahu adik hendak pergi. Kami semua menangis.
"Kenapa nangis ni adik buat salah ke janganlah nangis" ujar adik.
"Nanti abang sambung sekolah tahu" ujar adik lemah.
Sehinggalah dia hendak tidur di pangkuan mak. Dan dia memberi duit not 10 ringgit yang dia kerja di sawah dengan abang kepada mak. Airmata mak menduyun duyun keluar Aisyah sudah mula merengek - rengek dengan Akif. Tepat pagi raya adik pun pergi menyambur seruan illahi.
Tiba - tiba aku nampak ada kertas di tangannya. "Adik nak jumpa ayah abang sambung sekolah tahu jangan lupa adik tahu kakak sayang mak adik aisyah jangan lupakan abang" aku menangis sekuat - kuatnya.
_________________________________________________________
Aku menangis sakan time adik dia senyum je time dia sakit. Masa tu aku sedih sangat adik dia sanggup tahan sakit untuk keluarga dia. Sedangkan adik dia boleh selamat jika melakukan kemo tapi adik dia tak nak sebab tahu kesusahan yang dialami oleh keluarganya sendiri. Runtun hati aku sebab itu Farah Aina selalu bawa gambar adik dia. wuuuuu ^_^v .........
No comments:
Post a Comment