Friday, 14 September 2012

KEHILANGAN

Kali ni aku nak sentuh pasal kehilangan orang yang kita sayang
Pernah tak kita terfikir bila kita tengok sahabat kita
yang senyum selalu gelak tu pernah mengalami perkara yang paling sedih
Mesti tidak kan? sebab kita selalu tengok dia riang tanpa berduka cita

Kita silap sebernanya dia pernah mengalami perkara paling sedih dalam hidup dia
namun dia tabah dia riang sebab bagi dia walaupun dia sedih 
Ia takkan mengubah apa2 perkara terjadi tetap terjadi
Itu kententuanNYA kita sebagai manusia tiada hak nak menentukan...

Kali ni memang aku serious aku betul2 marah kepada orang yang selalu cakap
"Kau tak rasa apa yang aku rasa" 
memang kita tak rasa tapi jangan terpedaya kadang2 dia pernah mengalaminya...
Seperti kawan aku kehilangan sahabat yang dia sayangi
Akibat kemalangan jalan raya
dia selalu murung dan sedih 
dia langsung tak nak bercakap...Aku suruh dia tabah sabar tapi dia cakap 
"Kau tak tahu apa yang aku alami sekarang"

Aku faham perasaan bila kita kehilangan orang yang kita sayang
Ia perit sakit terutama orang itu orang yang kita suka
Aku pernah mengalaminya memang perit 
Sedara/sahabat aku meninggal akibat barah otak
Ketika dia berumur 14 tahun...aku baru 12 tahun ketika itu

Memang sedih memang perit hari ni genap 4 tahun dia pergi
Namun kenapa aku tak murung sebab ketika itu aku masih budak???
haha salah aku sudah ada akal aku sudah baligh
dia bukan sahaja sahabat atau sedara aku tapi aku anggap dia kembar aku
aku anggap dia abang aku...
Tapi aku selalu ingat walaupun dia jauh namun dia tetap selalu dengan kita

Jadi di sini ingin aku menyatakan kehilangan seseorang mmg sakit..
tapi kita kena kuat mengharungi arus kehidupan...
sebab semua orang akan mati
cuma kita tak tahu bila
INGATLAH

Walaupun dia jauh namun dia selalu di hati kita
walaupun kita tidak nampak dia namun dia nampak kita
dia tak mahu kita sedih jadi teruslah senyum
kerana dia mahu melihat senyuman kita
dengan senyuman boleh menghapus rasa duka
SENYUMLAH...
KETAWA...
NANGISLAH...
PERKARA INI BOLEH MEMBUATKAN KITA RASA LEGA...


BYE!!!!!!!!!!!1

No comments:

Post a Comment